SEJARAH AWAL PENUBUHANDitubuhkan pada awal tahun1998 dengan diketuai oleh seorang guru besar bernama En Arifin yang juga digelar En Ripit. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Semenyih kerana murid-muridnya terdiri daripada orang-orang melayu. Pada tahun 1949,sekolah ini dinamakan Sekolah Umum Semenyih dan pada tahun 1953 namanya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Semenyih. Pada tahun 1.1.1979, Sekolah Kebangsaan Semenyih bercantum dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih dan mengekalkan nama Sekolah Kebangsaan Semenyih yang digunakan sehingga ke hari ini
SEJARAH INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS
Bangunan asalnya didirikan pada tahun 1898,iaitu satu blok bangunan kayu
satu tingkat berlantaikan papan dan beratapkan genting kecil jenis lama. Bangunan ini dirobohkan pada tahun 1969 untuk membina satu blok bangunan dua tingkat pada tahun 1970. Bangunan kedua dibina pada tahun 1935 juga merupakan satu blok bertangga dan berlantaikan papan. Bangunan kedua dirobohkan bagi membina satu blok tiga tingkat pada tahun 1979. Satu blok rumah guru dibina pada tahun 1979 dan pada tahun yang sama sebuah kantin dibina bagi menggantikan kantin lama yang diubahsuai menjadi bilik perdagangan dan stor. |